Thursday, 30 June 2011

SIHIR(Antara ubat dan buat

Sihir,sesuatu tabiat yang kita lihat semakin menjadi jadi dan meletus dikalangan umat islam kita sekarang. Ianya semakin serius dan disukai umat islam sekarang. Sihir ini asalnya digunakan tukang sihir untuk menunjukkan kehebatan dirinya,dan kedudukan. Dan asalnya memang datang dari orang yahudi dan kafirun sebagai amalan mereka. Terciptanya nama HOLLYWOOD juga dari yahudi ini. HOLLY'WOOD. Holly-bermaksud suci. Wood-kayu@tongkat. Kayu suci ini memang digunakan oleh ahli sihir,seperti yang kita lihat Magician,dan Si harry porter guna tu. Memang agak ajaib ye,kayu bole mengeluarkan keajaiban. Itulah kuasa Allah SWT.. Wallahualam.. HOLLYWOOD jugalah yang banyak sesatkan,dan pesongkan kita dari filem,lagu,dan teknologinya. Menjadikan kita sesat dan tinggalkan suruhan Allah SWT dan Nabi muhammad.. Dihidang cerita hantu dan seram yang melebih lebih sampai la anak anak lebih takut hantu dari Allah Swt.. Itulah Sihir paling mujarab dari mereka terhadap kita si islam ini. Sihir yang kita lihat dimalaysia dan juga dinegara jiran kita indonesia ini dah amat berleluasa,di indonesia sihir dinamai dengan nama santet. Alhamdulillah,Sekali lagi Allah Swt memberi ilham pada saya untuk menulis kisah yang amat berkait rapat dengan masyarakat kita ini. Sihir ini berdasarkan yang kita tahu,dan dari pengalaman saya sedari kecil. Hingga sekarang. Amat disukai oleh insan2 yang kuat dendam,iri,dan phd(perasaan hasad dengki). Dah jadi macam ibadah pulak bagi diorang si pengemar sihir ini. Sihir ini punya pelbagai jenis. Contohnya yang glamour busung,santau angin@air,pengasih,pembenci,vadoo,ganguan jin,kiriman jin didalam badan,saka(jin keturunan). Dan banyak lagi. Mereka ini sanggup berhabis wang ringgit semata mata kerna DENDAM dan memuaskan hati. Dah tak kira,sedara ke,adik beradik ke,bini atau suami ke,jiran ke,kawan tempat kerja ke,bekas kekasih,isteri dan suami. Semua sanggup disihir. Itulah manusia.. Dah takda belas kasihan.. Bagaimana ye kita nak atasi? Betul ke bomoh ni bole ubat aku?? Aku sakit,tapi kenapa doctor cakap aku sihat??? Dah puas dah pegi berubat dengan ustat di pusat rawatan islam,duit dah banyak habis. Tapi kenapa saya tak sembuh lagi??? Orang kata pawang ni hebat,tak elok2 jugak anak aku ni!!! Inilah dialog yang biasa keluar dari orang yang disihir dan keluarganya. Semakin ramai yang ligat bermain sihir,semakin ramai yang tak percaya pulak pasal sihir ini.. Pelik juga ye.. Oh,zaman siber siapa nak percaya. Esok2 dah ada keluarga yang mati kerna disihir baru la nak percaya.. Tapi lah kan,semua tentang sihir,jin,iblis,syaitan dan alam ghaib ini memang tertulis dalam Al-Quran. Tak caya cuba cari,mesti jumpa.. Sesuatu yang dah disahkan Al-Quran dan Allah Swt. Kalau tak percaya maknanya kita tak percaya Al-Quran dan Allah la kan??? Ha,itu anda jawab sendiri... Dimana nak ubat ye??? Pegi jumpa doctor tak dapat trace penyakit,jumpa bomoh dikata syirik pulak,jumpa pawang pulak,nanti tah apa dijampi pulak. Jumpa ustat tak elok2 jugak. Ok macam ini,doctor memang takkan dapat trace dan scan sihir ini,kerna sebabnya sihir ini sesuatu penyakit yang amat sukar dibuktikan dan di scan. Kalau boleh,dah lama keluar akta,dan takda la berleluasa macam sekarang!! Akan tetapi Allah Maha kuasa,dan menganugerahkan kelebihan pada sesetengah orang untuk dapat scan sihir dan penyakit ini. Itulah bukti kuasa Allah Swt. Sihir ni dah jadi jalan singkat. Nak pergi pukul atau bunuh terang terangan ditangkap pak polisi pula nanti. Perlu diingat pabila jumpa bomoh,harus tengok jugak ye,adakah bomoh itu mengunakan ayat Alquran atau tidak. Dan try sikit kat bomoh tu. Tanya kat dia. Saya nak balas balik la kat orang yang hantar sihir ni. Kalau dijawab boleh jangan risau,beres.. Ha,alamatnya tak betul lah bomoh tu,. Penyihir tu bukan bomoh. Jika dijawab begini,Kita hanya bisa merawat,hanya Allah bisa menyembuhkan dan yang balas segalanya. Jika kita balas kita sama seperti dia. U can try berubat dengan dia,insyallah dengan izin Allah akan berkesan... Bomoh agak berbeza dengan pawang. Pawang banyak berkhidmat dengan raja raja. Ada juga yang membantu orang biasa. Pawang yang kita akan lihat dia tidak sesekali akan membalas atau menyihir orang. Dan akan mengunakan ayat suci Alquran. Dan ada kalanya mengunakan kemenyan,keris,limau,bunga,herba,tongkat,akar dan sebagainya. Perlu kita tahu ye,semua barang yang dicipta Allah,dan dicipta manusia atas ilham Allah dan kehendaknya. Punya kelebihannya dan khasiat tersendiri. Macam kereta,untuk berjalan,nasi untuk dimakan,facebook untuk cari jodoh la,hahahah.. Begitu jugalah barang2 yang diguna pakar perubatan ini. Harus percaya kerna Allah dan kuasanya. Jangan semata kerna kelebihan barang itu. Sampai menyekutukan Allah Swt.. Berdosa besar tu bah.. Pusat rawatan islam,basic nya kita lihat di tv mereka akan merukyah pesakit. Sehingga pesakit akan tak sedar diri,keluar paku,kaca dan berbagai lagi dibadan pesakit. Tapi adakah benar cara ustat ustat ini merawat?? Dah tentu lah betul,dia kan baca ayat Alquran!! Salah jika terus menyahihkan mereka ye. Ada yang benar dan banyak juga yang palsu. Harus waspada. Apa yang saya lihat dan perasan. Pabila Ustat2 ini merawat yang bukan muhrimnya,mereka membaca ayat suci. Tetapi tidak memakai sarung tangan. Dan memegang tubuh pesakit wanita yang bukan muhrimnya. Nak baca ayat suci,harus diri juga ada wuduk dan suci,barulah mujarab bacaannya dan lebih berkesan ubatnya. Kalau dah pegang suka2 takkan tak batal air wuduk kan??? Dan bila pesakit wanita muda,cantik dipegang2 pulak. Sah2 sebutan dalam ayat dah lari. Dan nawaitu dah mula terpesong.. So adakah itu elok dan disaran islam'? Anda nilaikan sendiri... Dan ada yang meletak bayaran yang tinggi. Bukankah ilmu islam itu bukan untuk dijual?? Ye,tapi setiap kerja harus bergaji. Pun begitu jangan ambil kesempatan,menyusahkan pesakit,dan menjual ilmu Allah Swt,itu berdosa bang.. Wallahualam... Hanya Allah yang tahu segalanya. Tetapi yang paling musykil,ramai merungut beratus habis pergi ubat dengan ustat. Air mineral je sebotol RM60.. Tapi tak elok jugak!! Macamana ye?? Wah,gawat ni...  Sebagai Tuhan yang maha Agung,Allah Swt tahu caranya. Dia yang memberi sakit dan penyembuhan... Dan Allah dan Nabi juga ada berfirman. Setiap penyakit ada penawar kecuali mati. Dan jika sakit harus ikhtiarl untuk sembuh. ikhtiar itu usaha. Tak bisa bulat2 doa pd Allah tanpa usaha. Takda jatuh dari langit penawar itu,dan Allah juga tidak sukakan orang yang tidak berusaha.. Nabi Muhammad juga pernah disihir satu ketika dulu oleh Lubaid bin A"Sham(orang yahudi). Cara menyembuh juga penawarnya telah dititip Allah kepada dua malaikat. Nabi diberi ilham oleh dua malaikat itu semasa keadaan umpama mimpi dalam mimpi(dalam tidur2 ayam) Agar pergi ke sumur,keringkan airnya,terlihat batu besar,dan singkirkan batu itu. Nabi menyuruh sahabatnya Ammar Bin Yasir dan sekelompok sahabatnya melakukan suruhan Allah itu. Terlihat sumur tersebut airnya berwarna seperti inai. Dikeringkan air disumur,timbullah batu besar itu,digulingkan batu itu. Lalu dibawahnya ada satu kantong yang berisikan tali busur bersimpul 11 . Kemudian mereka membawanya kepada Rasulullah. Maka pada masa itu turunnya Surah Al-falaq dan An-nas. Kedua surah ini berjumlah 11 ayat. Selepas selesai membaca dua surah yang ditambah dan menjadi 11 ayat ini. Satu persatu tali itu terbuka dan Nabi mulai sembuh,bangun dan seolah olah terlepas dari ikatan. Dan dibakarnya kantong dan tali itu.. Baginda walaupun bertaraf Nabi tetap diuji Allah dan Disuruh Allah usaha dan berikhtiar.. Kita disaran berusaha. Dan jangan mudah putus asa. Jika tak sembuh,mungkin belum serasi. Allah ini Maha Adil dan Agung. Memberi anugerah juga kelebihan pada semua umatnya. Ada yang dijadikan doctor,peguam,pilot,bomoh,pawang,ustat dan lain2. Takde la kita suka2 bole jadi apa kita nak. Belakon boleh lah. Macam doctor,dah tertulis dia jadi doctor. Diiktiraf dan belajar. Kena orang yang suka2 baca buku doctor. Main buka klinic tak ke kena tangkap?? Ha,balai cerita. Begitu juga,ustat,pawang dan bomoh ni. Mereka dah ditakdir Allah. Dan dah diberi kelebihan yang tiada pada orang biasa. Untuk merawat sihir ini. Suka2 nak jadi alamat kena tangkap,dan tumbanglah di fire jin2 kiriman penyihir. Akan tetapi ada juga yang bisa mengubat orang dengan menuntut dan berguru. Tapi itu juga didorong Allah.. Anugerah dan cara mereka agak berbeda,beza,dan sesuai mengikut zaman dan cara hidup. Contoh kelebihan,bisa scan penyakit,bisa interaksi dengan jin dan bunian,bisa nampak jin,pergi ke alam bunian dan jin,menjadi sarung untuk bunian masuk dalam badan(transform) dan pelbagai lagi. Mereka dititip Allah dua jalan. Hitam dan putih. Ubat dan buat. Teserah pada yang menerima anugerah,tapi kebanyakkan memilih wang ringgit dari ibadah dan bantu orang. Tu yang mereka ini sesat dan jadi kawan jin kafir dan penyihir... Allah Maha Mengetahui. Marilah kita doa supaya mereka selamat dan diberi hidayah. Jika anda ingin berubat,percayalah dan yakinlah pada usaha mereka,atas izin dan kehendak Allah. Insyallah jika berjodoh,akan tumpas sihir dan jin kafirin itu.. Jin ada dua jenis.. Jangan salah erti pulak... Mereka sama seperti kita,ada islam dan bukan islam. Ada yang soleh@soleha dan kufur,ada yang baik dan jahat. Dan yang jahil dan beriman.. Yang diguna untuk sihir,yang kafir. Tapi kalau tidak diupah jarang mereka mengacau manusia. Yang islam sesekali tidak akan menyakiti manusia!!! Bunian juga jenis jin,tapi kebanyakkannya islam dan beriman juga soleh.. Mereka jauh sangat beza dengan yang disiar dalam tv.. Mereka seperti manusia,cuma ghaib... Pengarah filem dan drama je pandai2 tokok tambah untuk keuntungan dunia.. Kadang bila terfikir dibenak saya manusia lagi jahat dan kejam kan dari jin dan syaitan. Mereka diupah dan memang dah kerja mereka sesatkan anak cucu Adam. Si Manusia tu mengupah.. Lagi jahatlah si manusia ye tak??? DENDAM,DENGKI,PHD(perasaan hasad dengki) inilah punca yang mendorong orang membuat sihir,menyakiti orang,dan lebih teruk membunuh dan berlaku syirik. Jangan risau,jangan membalas,mereka ini sah2 terjunam dalam neraka,dan mendapat balasan setimpal dari Allah Swt. Pada yang disihir,berubat dan usahalah segigihnya. Yakin pada Allah Swt atas usaha insan2 yang dianugerah kelebihan,dan jangan putus asa ya. Cuma berhati hati hatilah dengan si kaki sihir,bomoh,pawang dan ustat.. Bukan semua benar. Teliti dan nilaikan dulu. Baru memilih. Jangan terus menuding.. Buat pilihan bijak. Dan berhati hatilah,jangan sampai syirik,menduakan Allah Swt. Dan menjadi rakan jin kafir... Pada semua pembaca marilah kita doakan agar si tukang sihir dan si kaki sihir ini diberi hidayah dan bertaubat.. Insyallah... ,Cerita ini saya karang atas dasar pengalaman dan apa yang saya lihat depan mata saya. Dari cerita pesakit2 ibu saya,saya dan pakar perubatan lain dan ustat pusat rawatan. Moga dapat dijadikan panduan,dan jika yang bermasalah pilihlah pakar perubatan yang betul. Tiada niat menuding si penyihir,bomoh,pawang,atau ustat. Hanya niat menerangkan dan membuka mata kamu semua mengenai SIHIR antara ubat dan buat. Jika ada tersalah kata,im sorry....  Janganlah sampai kita tertipu,sesat,syirik dan jadi kaki sihir. Minta simpang dan jauhlah ye sedara. Jika ada masalah tentang sihir,ganguan jin dan makhluk halus,penyakit lain seperti kanser,jantung,lemah tenaga batin,susah beranak,migrain,lelah,ingin menghilangkan besi eksiden dalam kaki dan tangan pm lah saya. Insyallah bisa dibantu,dengan izin Allah Swt... Sekian karya saya mengenai sihir,moga dapat memberi manafaat,ilmu,info pada anda. Penawar paling mujarab,Al-Quran Nur Karim. Dan segala sembuhan hanyalah dari Allah Swt... Create by Irwanshah. 30.6.11. 0358 am. SEBARKAN KERNA ALLAH BUKAN KERNA KEUNTUNGAN DUNIA!!